Author Overview
Ustaz Asrul Ali berasal dari negeri Perlis. Penulis merupakan bekas guru dan memiliki ijazah sarjana muda Syariah (Dengan kepujian) dalam bidang Muamalah & Jenayah serta Diploma Pendidikan Islam (KPLI).
Penulis juga pernah mengajar di beberapa buah sekolah menengah dan rendah dan pernah berkhidmat di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kini di BP Swasta KPM.
Ada 2 matlamat utama penulis melalui buku ini. Pertama menggalakkan orang ramai khususnya orang islam untuk menyimpan emas. Kedua, mengajak orang islam mengenal dan menggunakan Ar Rahnu sebagai medium untuk mendapatkan wang serta menjauhi pinjaman peribadi.
Walaupun banyak pinjaman peribadi pada hari ini telah dilabelkan sebagai mengikut syariah, tetapi bunga yang dibayar hampir sama banyak dengan jumlah pinjaman yang dibuat.
Buku ini akan menjelaskan tentang perlunya memilih Ar Rahnu dan mengelakkan pinjaman peribadi.