Teknik Pembelajaran Secara Online

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) amat sukar dilaksanakan terumatamanya kepada pelajar sekolah rendah dan prasekolah. Tidak semua mampu untuk berada di hadapan screen dan memahami ilmu yang disampaikan. Sesetengah ibu bapa juga bimbang jika anak-anak ketinggalan pelajaran kerana mereka juga sibuk menguruskan kerja dan kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, keadaan ini harus kita terima dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu yang kita sendiri tidak pasti bila penghujungnya.

Ada beberapa tips yang boleh dipraktikkan semasa PdPR dijalankan. Antaranya;

1) Mengurangkan gangguan di rumah
Gangguan di rumah seperti televisyen, online games atau alat permainan sering menjadi punca pelajar hilang fokus ketika pembelajaran sedang dilangsungkan. Cara yang paling mudah ialan dengan memastikan TV sentiasa ditutup sehingga kelas online tamat. Simpan dulu alat permainan kegemaran di tempat yang tertutup dan pastikan bilik belajar tidak dipenuhi barang-barang yang melekakan.

2) Menyediakan jadual
Jadual amat penting untuk memastikan kita dapat menguruskan masa dengan baik. Pengurusan masa yang baik menjadikan kehidupan seseorang lebih teratur dan menyumbang kepada kestabilan emosi. Disiplin yang tinggi amat penting utk memastikan segala yang dijadualkan dapat dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan.

3) Rehat yang cukup
Rehat yang cukup ialah satu keperluan untuk memastikan mental dan fizikal sentiasa bersedia untuk pembelajaran online. Melihat screen untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan mata cepat letih dan sakit kepala. Oleh itu, amat penting untuk kita memberi ruang kepada tubuh badan untuk berehat seketika supaya aktiviti pembelajaran mampu dilaksanakan dengan baik.

4) Menyedikan buku aktiviti yang menarik dan sesuai
Buku aktiviti yang menarik dan bersesuaian dengan peringkat umur mampu menjadikan pembelajaran lebih efektif dan membuatkan kanak-kanak lebih fokus semasa belajar. Buku yang disertakan gambar dan grafik yang menarik membuatkan kanak-kanak tidak mudah berasa bosan. Disebabkan kanak-kanak lebih tertumpu kepada screen semasa PdPR, amat penting untuk menukar cara pembelajaran selapas waktu PdPR kepada buku-buku aktiviti supaya ada kepelbagaian dalam memahami ilmu.

Semasa musim PKP ini mungkin agak sukar bagi ibu bapa untuk mendapatkan bahan pembelajaran yang bersesuaian utk prasekolah. Jangan risau, kedai buku online Nukilan Unggul ada menyediakan pelbagai buku-buku yang menarik semestinya dari hasil penulisan guru-guru pendidikan awal yang berpengalaman. Yang paling menarik, kedai buku ini juga menawarkan diskaun sehingga 30% untuk buku prasekolah. Tungggu apa lagi, jom dapatkan sekarang!

Ibu bapa yang ingin mendapatkan buku-buku prasekolah ini, boleh klik pautan di bawah;

NUKILANONLINE.COM

Nukilan Online

WHATSAPP:
https://lembaranaktiviti.wasap.my/

Leave Comment